The best day of your life is the one on which you decide your life is your own. No apologies or excuses. No one to lean on, rely on, or blame. The gift is yours - it is an amazing journey - and you alone are responsible for the quality of it. This is the day your life really begins.
~
Bob Moawad~




Monday, 30 March 2009

share & care

Keranamu ramai dari kalangan kaum kami
menderita menanggung dosa.
Tidakkah kau
sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat
adam mendambakan seorang teman??
Tidakkah kau kasihankan kami yang
asalnya kamu dari tulang rusuk kami??
jika kau berakal pasti kau kasihankan
kami..
kenapa perlu kau singkatkan
pakaianmu, serlahkan auratmu, jarangkan
kainmu, bertutur ikut nafsu, bergaul
tanpa rasa malu…
kenapa??
tidakkah kau
tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh
ALLAH disebabkan perbuatanmu itu..
adakah kau terlalu bangga dengan apa
yang kau miliki??
sedarkah dikau ayahmu,
adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya
dari kaum kami??
yang bakal diazab
dengan azab yg pedih disebabkan
kejahilan sebahagian dari kaummu..
kami
tidak mampu setiap masa perlu menjaga
pandangan mata,
hati dan perbuatan untuk
mengelak dari fitnah yang kau cipta.
Maafkan kami andai kau rasakan kami yg
bersalah kerana tidak pandai
meluruskanmu kearah tarbiah yang
sepatutnya kami warisi dari
rasulullah..
andai kerana sejarah masa
silam yang memaksa dikau jadi begini
kembalilah engkau kepada ALLAH,

sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi
maha mengasihani,
siramilah kembali
hati2mu dengan siraman taqwa yang
bercahayakan iman dan berbajakan
keikhlasan agar kau menjadi sebahagian
dari pejuang2 agama ALLAH yang kian
hilang di akhir zaman ini..
sedarlah
wahai wanita..
engkaulah hiasan duniawi
andai iman yang kau julang, malah engkau
juga seburuk2 hiasan andai iman tidak
kau pegang..
sekiranya kau pernah jatuh,
bangunlah membina kekuatan agar engkau
menjadi gagah,
janganlah kau biarkan
dirimu terus jatuh dan terus tenggelam
dalam permainan duniawi…sesungguhnya
perempuan yang tidak beriman adalah
sebaik2 senjata bagi syaitan untuk
menyesatkan kami dari jalan
ALLAH..NAUZUBILLAH…
Nasihatku untukmu…


Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada
ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau
dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak
menarik minat kami untuk mengetahui apa
yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah
supaya hatimu menjadi pendinding kepada
kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya
kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam
ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan
kepada lelaki…

No comments: